JOHOR BAHRU: Polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan sekumpulan individu yang terlibat dalam ‘aksi joget’ selepas dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam kejadian di sebuah konsert di Ayer Hitam, Batu Pahat baru-baru ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, bagaimanapun pihaknya ketika ini sedang mengenal pasti individu-individu yang terlibat.
Katanya, siasatan terperinci berhubung insiden itu akan dijalankan dan tindakan diambil berdasarkan lunas undang-undang.
“Perkara seumpama itu tidak harus berlaku. Tidak boleh berpesta, ini akan menyebabkan keresahan kepada orang awam dan kita akan menjalankan siasatan serta ambil tindakan.
“Kalau dilihat ia sudah pasti menjadi kesalahan kerana memang tidak patuh SOP. Kita akan siasat dan akan ambil tindakan kepada mereka yang terlibat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah rakaman video tular yang memaparkan aksi sekumpulan individu yang sedang rancak menari, dalam keadaan tanpa penjarakan fizikal.
Rakaman berdurasi lebih 20 minit itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet yang mempertikaikan penganjuran konsert sedemikian ketika mana negara masih dalam pandemik COVID-19.
Astro Awani
Sun Mar 06 2022
Rakaman berdurasi lebih 20 minit itu memaparkan sekumpulan individu sedang rancak menari - Foto/video pengguna media sosial
Astro tawar 51 perlawanan UEFA EURO 2024 HD di SPOTV Stadia, SPOTV2
Semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma sehingga ke perlawanan akhir pertandingan tersebut
Niaga AWANI: Jepun penyumbang utama eksport kayu sarawak dengan nilai RM1.67 bilion pada 2023
Jepun kekal jadi penyumbang utama hasil industri perkayuan Sarawak dengan RM1.67 bilion pada tahun 2024 dan RM387 juta setakat sduku pertama 2024.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Jumlah jawatan suku pertama meningkat 1.5 peratus - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan, iaitu rekod tertinggi sejak 2018.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: India import 285,829 tan minyak sawit Malaysia pada April
India mengimport 285,829 tan minyak sawit dari Malaysia pada April seterusnya menyumbang 21.6 peratus daripada jumlah import minyak sayuran negara pada bulan terbabit.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: AS umum kenaikan tarif import China
Amerika Syarikat menaikkan tarif ke atas kenderaan elektrik (EV) dari China daripada 25 peratus kepada 100 peratus. Menurut White House, ia sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap import China.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Jepun: 17,000 warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah dari Jan-Mac
Kira-kira 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian di Jepun meninggal dunia di rumah antara Januari dan Mac.
Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia
LPPKN diberi pengiktirafan oleh PBB untuk berkongsi amalan terbaik dalam satu forum yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Belia Negara 2024
Ikuti kupasan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Hasnul Haniff Harun, sempena Hari Belia Negara 2024.
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan tahun depan - Johari
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan berterusan sehingga ke tahun depan.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Video tular berjoget di konsert, polis akan ambil tindakan
Siasatan terperinci berhubung insiden itu akan dijalankan dan tindakan diambil berdasarkan lunas undang-undang.